Friday, September 28, 2007

“ADAT DAN PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.”

1.0 PENDAHULUAN

Kajian saya kali ini akan membincangkan isu yang berkaitan dengan soal adat dan pantang larang dalam perkahwinan masyarakat Melayu menurut perspektif Islam. Sehubungan dengan itu, pelbagai perkara akan dikaji dan dianalisa dalam sudut dan aspek yang meluas agar pemahaman yang lebih jitu dapat dicapai. Kajian ini akan dibahagikan dalam beberapa sub topik. Perbincangan akan dimulakan dengan membahaskan terlebih dahulu tentang definisi yang tersirat disebalik istilah “adat” dan “pantang larang”. Kemudiannya, saya akan memberikan beberapa contoh adat dan pantang larang yang banyak dilakukan dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Berdasarkan daripada contoh tersebut, analisa dan perbincangan akan dibuat dengan melihat isu berkenaan daripada perspektif Islam.

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN ADAT MELAYU DAN DEFINISI ADAT DAN PANTANG LARANG.

Sebelum menerobos ke dasar pengkajian, adalah lebih wajar dihuraikan terlebih dahulu tentang definisi disebalik istilah “adat” dan “pantang larang”. Menurut H.M. Sidin, istilah “adat” bermaksud suatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi. [1] Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan suatu perbuatan ataupun amalan yang telah diterima umum oleh sesuatu komuniti dan juga boleh dikatakan sebagai sesuatu gaya hidup sesuatu masyarakat. Adat itu pula boleh dikategorikan dalam tiga bahagian iaitu adat sebenar adat, adat diperadat dan adat dibuat-buat.[2] Dari tiga jenis bahagian adat tersebut, hanya adat sebenar adat yang merupakan jenis adat yang tulen dan yang telah lama berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Hal ini dapat difahami dengan lebih jelas jika pengertian adat sebenar adat dikaji. Adat sebenar adat secara mudahnya membawa pengertian bernegara dan berkerajaan sendiri, beradat dan berlembaga sendiri, berundang-undang keadilan dan berkerajaan sendiri, beragama dan berkebudayaan sendiri.[3]

Pantang larang secara ringkasnya bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia.[4] Pantang larang ini pula dapat dibahagikan kepada pantang larang perkataan, kedudukan, perjalanan, perbuatan dan kediaman.[5] Isu pantang larang ini sememangnya mencetuskan pelbagai konterversi terutamanya jika dibahaskan berdasarkan perspektif Islam. Perkara ini kerana, terdapat pelbagai pantang larang yang realitinya sungguh bercanggah dengan syariat Islam. Percanggahan ini berlaku disebabkan kebanyakan pantang larang ini mengandungi unsur-unsur yang menyentuh soal akidah umat Islam sedangkan soal akidah dalam Islam merupakan soal yang dititikberatkan dan diambil serius. Hal ini kerana, hampir kebanyakan adat dan pantang larang masyarakat Melayu mempunyai kaitan yang begitu sinonim dengan agama Hindu. Perkara ini sememangnya mempunyai kerelevanannya yang tersendiri kerana menurut sumber sejarah, kebayakkan masyarakat di Tanah Melayu sebelum kurun ke-15 Masihi menganut kepercayaan Hindu selain animisme. [6] Namun, setelah kedatangan Islam, segala amalan masyarakat Melayu ketika itu disesuaikan dengan ajaran Islam. Terdapat pelbagai teori berkenaan kedatangan Islam di Tanah Melayu. Ada yang mengatakan Islam dibawa dari bumi India selain yang mengatakan agama ini dibawa dari Arab dan Parsi. Walaubagaimanapun, kebanyakan orientalis merumuskan bahawa Islam di Tanah Melayu dibawa dari tanah India. Insan pertama yang mengatakan hal yang sedemikian ini ialah Pijnappel yang merupakan seorang profesor pengajian Melayu yang pertama di Universiti Leiden.[7] Beliau berpendapat bahawa penyebar Islam di Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Arab bermazhab Syafii dari Gujarat dan Malabar.[8] Hal ini kerana, tempat-tempat ini ada disebut dalam buku-buku sejarah kepulauan Melayu. Namun begitu, teks Sulalatus Salatin atau yang lebih dikenali dengan istilah Sejarah Melayu pula mengatakan bahawa pendakwah berbangsa Arablah yang mengislamkan pemerintah Melaka.[9] Pendakwah ini dikenali dengan nama Sayid Abdul Aziz. Kedatangan Islam ini akhirnya membawa kepada proses islamisasi terhadap corak kepercayaan dan budaya masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. Menurut Tom Pires, proses islamisasi ini berlaku secara aman oleh pedagang Islam yang berkahwin dengan wanita tempatan sepertimana kemasukan dan penyebaran agama Hindu di Tanah Melayu.[10] Kendatipun, sehingga kini kebanyakan ilmuan Islam mempersoalkan tentang sejauhmanakah amalan masyarakat Melayu ketika itu selari dengan ajaran Islam sedangkan kebanyakan amalan masyarakat Melayu ketika itu masih lagi bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya aspek akidah. Buktinya, lihat sahaja pelbagai adat dan pantang larang masyarakat Melayu yang masih diamalkan pada masa kini. Persoalannya kini, apakah penafsiran dan pemikiran masyarakat Melayu ketika itu tentang proses menselarikan ajaran Islam dengan adat mereka?. Adakah proses asimilasi tersebut sah dan benar dari perspektif Islam?. Justeru itu, kajian ini akan mengupas dengan lebih mendalam isu ini dengan mengambil contoh-contoh adat dan pantang larang perkahwinan masyarakat Melayu serta menghuraikannya berdasarkan perspektif Islam.

3.0 ADAT PERSANDINGAN

Persandingan dalam masyarakat Melayu dilihat sebagai suatu perkara yang “wajib” bagi sesuatu pasangan apabila berkahwin. Lazimnya, jika upacara persandingan tidak dilakukan, maka pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan akan timbul dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap pasangan yang berkahwin tersebut. Oleh yang demikian, tidak keterlaluanlah jika dikatakan bahawa persandingan dianggap sebagai syarat sah perkahwinan bagi pasangan pengantin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu. Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat dimengertikan sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah dengan dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengampit.[11] Tujuan diadakan adat persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat dan untuk dijadikan nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun-temurun. Manakala dari sudut sejarah pula, terdapat dua teori yang mengemukakan tentang asal-usul kewujudan adat persandingan ini. Teori pertama mengatakan bahawa persandingan adalah adat resam Melayu yang tulen ataupun dikenali dengan istilah adat sebenar adat. Teori ini berdasarkan hujah yang mengatakan bahawa penggunaan istilah “Raja Sehari” itu bagi pasangan pengantin adalah diadaptasikan daripada adat-istiadat dalam kalangan raja-raja Melayu.[12] Walaubagaimanapun, teori ini masih boleh dipersoalkan kerelevanannya kerana terdapat pelbagai kelemahan yang tertentu dalam teori ini. Teori kedua pula mengatakan bahawa persandingan merupakan adat yang berasal dan dibawa dari India.[13] Maka secara tidak langsung upacara ini mempunyai kaitan yang agak sinonim dengan pengaruh Hindu. Teori yang kedua ini dilihat lebih rasional. Hal ini kerana, menurut sumber sejarah, kebanyakan masyarakat Tanah Melayu sebelum kurun ke-15 menganut dua kepercayaan iaitu samada animisme ataupun hindu-budha. Hujah ini lebih kuat jika dibandingkan antara upacara persandingan masyarakat Melayu dengan masyarakat India yang beragama Hindu. Ternyata terdapat banyak persamaan.

4.0 ADAT PERSANDINGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit konterversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat dan tahyul. Isu khurafat dan tahyul sememangnya merupakan suatu isu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Istilah khurafat menurut Kamus Bahasa Arab Al-Mujam Al- Wasit boleh didefinisikan sebagai cerita-cerita yang mempesonakan dan dicampuradukkan dengan perkara-perkara dusta.[14] Manakala menurut Kamus Al-Marbawi pula, khurafat bermaksud cerita karut (karut-marut).[15] Tahyul pula berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud suatu ajaran (huraian dan pendapat) yang bukan-bukan atau karut dan dongeng.[16] Berpandukan kepada kedua-dua definisi di atas, maka dapatlah difahami bahawa kepercayaan atau amalan khurafat dan tahyul mempunyai persamaan yang agak rapat. Persamaannya dapat dilihat dari segi bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan yang langusng tidak dapat diterima dek logik akal. Selain itu, kedua-dua kepercayaan ini memberikan implikasi yang besar kepada aqidah umat Islam. Hal ini kerana, kepercayaan yang kononnya dipraktikkan atas nama agama, namun dari sudut hakikat Islam, hal ini langsung tiada kaitan malah ia hanya ditokok tambah.

Upacara menabur beras kunyit merupakan salah satu adat yang dilihat sebagai bercanggah berdasarkan perpsektif Islam. Pelaksanaan upacara ini adalah bertujuan menghalau roh jahat dan juga untuk menguatkan semangat pasangan pengantin. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Melayu mempercayai bahawa bakal pasangan pengantin perlu melalui proses upacara ini untuk mengelakkan diri mereka daripada sebarang gangguan anasir jahat dan seterusnya memastikan adegan perkahwinan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, beras kunyit bukanlah bahan asal yang digunakan bahkan ia hanyalah simbolik bagi mengantikan penggunaan emas yang dipercayai merupakan bahan asal dalam upacara tersebut. Penggantian beras kunyit tersebut mungkin disebabkan kos yang mahal sekiranya penggunaan emas dipraktikkan. Selain beras kunyit, beras basuh juga turut diaplikasikan dengan tujuan memohon restu antara mempelai dan pengantin dan juga supaya pasangan pegantin tersebut memperoleh rezeki yang berterusan sehingga ke anak cucu-cicit mereka. Ternyata, upacara ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu seolah-olahnya telah meletakkan keyakinan mereka terhadap beras yang kononnya dapat merealisasikan impian mereka meskipun beras tersebut merupakan makhluk yang sama seperti mereka iaitu langsung tiada mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat dan mudarat kepada sesiapun. Hal ini dengan jelasnya telah memaparkan bahawa upacara yang sedemikian rupa mampu mengheret para pengamalnya ke lembah kesyirikkan. Istilah syirik bermaksud mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada sifat Uluhiyyah-Nya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahnya dan didoakan kepadanya) ataupun pada sifat Rububiyyah (menjadikan, mentadbir, menguruskan alam).[17] Justeru itu, sesiapa yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat yang tersebut itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. Hal ini dapat difahami dengan lebih jelas berdasarkan firman Allah:

“ Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah, dalam pada itu mereka tidak sunyi dari berbuat syirik”[18]

(Surah Yusuf : 106)

Berdasarkan pernyataan diatas dapat difahami bahawa upacara menabur beras kunyit dilihat mempunyai kaitan yang agak sinonim dengan perbuatan syirik. Hal ini kerana, pegamalan upacara ini seolah-olahnya telah menempatkan kuasa yang ajaib dan hebat kepada sifat beras tersebut sedangkan jika dilihat dari pandangan Islam, hanya Allah sahajalah tempat yang layak untuk meminta pertolongan berdasarkan ayat Al-Quran:

“Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan”[19]

(Surah Al-Fatihah:5)

Selanjutnya, saya akan menghuraikan pula tentang upacara membaca jampi dan mantera dalam adegan perkahwinan masyarakat Melayu. Upacara membaca jampi dan mantera berdasarkan kaca mata masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk memelihara majlis perkahwinan tersebut daripada sebarang bentuk pengacauan yang jahat terutamanya daripada makhluk halus seperti jin, jembalang, afrit, dan hantu sama ada yang dihantar oleh manusia ataupun gangguan yang didedasikan sendiri oleh mahkluk-makhluk tersebut. Perkara ini biasanya dilakukan dalam bulan Safar.[20] Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Melayu dahulu-kala mempercayai bahawa bala dan malapetaka banyak berlaku dalam bulan tersebut. Hal inilah yang mendorong kepada pelaksanaan upacara ini. Beberapa persiapan yang khusus perlu dilakukan dalam melaksanakan upacara ini. Menurut Puan Fatimah bin Mahat yang merupakan seorang Mak Andam berpengalaman mengatakan bahawa :

“ Persiapan yang perlu dilakukan ialah nasi kunyit (nasi pulut kuning), dadal bertih dan telur goreng. Setelah siap diletakkan dalam sebuah dulang yang dikatakan sehidangan, kemudian diperasap dengan bara tempurung dan kemenyan, sambil menjampi dengan kata-kata : Hai jin tanah jembalang tanah, minta mu jaga bumi, lambang bumi di sini. Jagalah anak-pinakmu kurang satu empat puluh, yang tua jin hitam di bumi, jin hitam pemacak rabun, jin hitam salah habah, jin hitam sirat permainan. Terimalah khidmat ini, nasi kunyit, dadal bertih, sirih pinang dan air sejuk”.[21]

Amalan ini dengan terangnya mempunyai kaitan yang akrab dengan amalan khurafat dan tahyul. Amalan khurafat dan tahyul sememangnya bercanggah dalam agama Islam. Perkara ini dikuatkan lagi berdasarkan hadis Nabi SAW yang berbunyi:

“Tiada penyakit menular, tidak ada burung, tidak ada burung hantu, tida bulan Safar dan tidak hantu gergasi”.[22]

(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Seterusnya, amalan berandam juga merupakan suatu amalan yang mencetuskan konterversi jika dilihat berdasarkan perspektif Islam. Proses ini melibatkan seorang yang pakar dalam soal persandingan masyarakat Melayu yang lebih dikenali dengan istilah “Mak Andam”. Mak Andam berperanan untuk menghias sama ada dari sudut fizikal mahupun rohani pasangan pengantin. Terdapat juga sestengah Mak Andam yang mampu merawat pasangan pengantin yang mengalami sesuatu perkara yang buruk seperti pengsan ataupun terkena buatan orang semasa majlis perkahwinan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan Mak Andam sangat penting dalam upacara berandam. Upacara ini menghendaki pasangan pengantin melalui beberapa proses kecantikan. Misalnya seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur, bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial dan berinai yang mmepunyai tiga kategori iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.[23] Segala proses yang terdapat dalam upacara berandam sememangnya boleh dipersoalkan jika menilainya berdasarkan kaca mata Islam. Hal ini kerana, segala proses ini sudah terang lagi bersuluh tiada langsung dianjurkan dalam syariat Islam. Perkara ini tidak lebih daripada suatu perbuatan yang mengada-ngadakan suatu yang baru atau lebih dikenali dengan perkataan Bid’ah. Bid’ah dalam mazhab bermaksud mendatangkan satu pendapat di mana orang yang mengatakan pendapat itu atau mengamalkannya tidak mengikut pedoman yang dibawa oleh pembawa syariat (Nabi SAW), tidak mengikut contoh-contohnya yang terdahulu dan tidak mengikut prinsip-prinsipnya yang diyakini.[24] Berdasarkan pengertian inilah diriwayatkan hadis:

“Setiap yang baru diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat berada di dalam neraka.”[25]

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)

Selanjutnya, Islam mencegah penganutnya daripada membuat sebarang ubah-suai pada wajah yang telah dikurniakan oleh Allah. Hal ini kerana, ciptaan Allah secara semulajadinya telah sempurna. Perkara ini dapat difahami dengan jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdulluah Ibn Masud yang berbunyi:

Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."[26]

(Hadis Riwayat Muslim)

Seterusnya, upacara persandingan dilihat sebagai suatu yang bertentang dengan ajaran Islam kerana adat persandingan ini mengandungi suatu upacara yang dikenali sebagai tabarruj. Tabarruj dalam Islam secara mudahnya bermaksud berhias untuk dipamerkan. Perkara ini secara terang dan ketara dapat disaksikan semasa aksi persandingan dilangsungkan. Sewaktu upacara ini berlaku, pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin dengan riak wajah yang telah dihias cantik oleh Mak Andam untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Isu menjadi semakin konterversi apabila pasangan pengantin terutamanya wanita menjalankan upacara tersebut dalam keadaan mendedahkan aurat. Aurat yang lazimnya didedahkan oleh wanita ialah aurat di bahagian rambut selain memakai kostum persandingan yang memperlihatkan susuk tubuhnya. Hal aurat dalam Islam merupakan suatu isu yang sangat sensitif dan diambil serius. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui kalam Allah yang berbunyi:

“Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatannya dan jangalah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya dan hendaklah mereka tutupkan tudungnya kelehernya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya diantara lelaki, yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum (ingin) melihat aurat perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sakalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”[27]

(Surah An-Nur: :31)

Berdasarkan firman Allah ini, dapatlah difahami bahawa wanita perlu menjaga dan memelihara auratnya daripada sebarang fitnah kerana fitnah yang timbul dari diri seorang wanita membawa kepada implikasi yang kurang menyenangkan dalam suasana kehidupan bermasyarakat. Ayat ini bukanlah bermaksud untuk menyukarkan kehidupan seorang wanita bahkan memelihara dan melindunginya daripada sebarang malapetaka. Selain itu, tabarruj merupakan amalan masyarakat Jahiliyyah pada masa dahulu. Hal inilah yang menyebabkan Islam melarang para penganutnya daripada mengikutinya kerana amalan ini bercanggah dengan ajaran Islam. Dalilnya dapat dilihat dalam surah Al-Ahzab.

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berdandan (berhias) seperti dandan perempuan jahiliyah yang dahulu….”[28]

(Surah Al-Ahzab :33)

Selain itu, tabarruj dilarang di dalam ajaran Islam kerana perbuatan lebih menyerupai perbuatan sesuatu kaum yang jelas bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan tanda kelahiran syariat Islam. Hal ini kerana, Allah telah menzahirkan keseluruhan agama melalui kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Maka dengan itu, segala percakapan, perbuatan, iktikad malah diam Nabi SAW sekalipun diiktiraf sebagai perkara agama. Hal ini dinamakan sebagai sunnah. Sunnah boleh didefinisikan sebagai apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat tubuh, sifat akhlak, sama ada sebelum diutuskan atau selepas diutuskan.[29] Justeru itu, dapatlah difahami disini bahawa cara hidup Nabi SAW sahajalah yang mengundang keredhaan Allah. Peniruan terhadap cara hidup orang kafir sememangnya akan menjemput kemurkaan Allah.

“Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka”[30]

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Selanjutnya, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Kebanyakan orang Melayu menganggap bahawa upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada kaca mata mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat riak dan takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang berbunyi “biar papa asal bergaya” sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam kehidupan kita. Islam merupakan agama yang mudah dan senang. Membicarakan isu walimah daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi :

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam)”[31]

(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat Al-Quran:

"Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau”[32]

(Surah Al-Isra:26)

5.0 PENYELESAIAN DALAM ISU INI:

Walaunpun kelihatannya kebanyakan unsur-unsur yang terkandung dalam upacara adat persandingan masyarakat Melayu bercanggah dengan hukum Islam, tetapi hal ini bukanlah bermaksud Islam melarang upacara perkahwinan dilansungkan dalam sebarang akad nikah. Hal ini kerana, agama Islam adalah sebuah agama yang bersifat syumulliyah dan universal. Maka dari itu, agama Islam sememangnya merupakan agama yang bercorak konvensional iaitu yang boleh diterima umum. Kita perlu faham bahawa Islam bukanlah agama yang diwahyukan untuk bangsa Arab sahaja bahkan Islam adalah agama yang relevan untuk semua bangsa di dunia ini samaada masyarakat itu ajam atau bukan ajam. Justeru itu, Islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan sesuatu bangsa jika bangsa tersebut memilih Islam sebagai agamanya. Hal ini kerana, antara faktor yang menyebabkan agama Islam berkembang kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Justeru itu, dapatlah difahami bahawa Islam mengiktiraf pakaian, bahasa dan kesenian sesuatu kaum selagi ia tidak bertentangan dengan syariat agama Islam. Contohnya dalam isu pakaian. Islam tidak melarang penganutnya berfesyen berdasarkan fesyen bangsanya. Sekiranya kita melihat Rom, maka kita akan melihat bahawa Rom merupakan sebuah tamadun besar yang dipengaruhi oleh unsur agama Kristian. Namun begitu, jubah Rom atau syamiah tiada langsung kaitan dengan agama Kristian kerana ia adalah pakaian bangsa tersebut. Nabi SAW sendiri pernah memakai pakaian daripada bangsa yang berlainan daripada bangsa tanah kelahirannya. “Nabi SAW pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas. Maka, bererti sunnah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri”.[33]

Selain itu, bukanlah seseorang itu hanya layak dikatakan Islam apabila orang itu memakai serban, jubah, kain sarung dan sebagainya. Hal ini kerana, kebanyakan sunnah ini hanya diklafikasikan sebagai sunah jibilliah atau sunnah adah iaitu perjalanan hidup baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban baginda.[34] Islam tidak memaksa golongan bukan Arab meniru setiap seni dan budaya Arab. Hal ini kerana, jika Nabi SAW itu dilahirkan dalam kalangan orang Melayu, maka pakaian, seni dan kebudayaan orang Melayulah yang akan dipraktikkan oleh Nabi SAW. Oleh yang demikian, bangsa lain mempunyai kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing seperti bangsa Cina boleh berpakaian ceongsam dan bangsa India boleh memakai kurta. Namun, yang penting disini ialah selagi kebudayaan dan keseniaan itu perlulah tidak bercanggah dengan batas-batas yang telah digariskan oleh Islam. Begitulah juga halnya dalam soal upacara perkahwinan. Masyarakat Melayu sememangnya bebas untuk mengadakan upacara perkahwinan berdasarkan budaya dan adat mereka.

“Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: “Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai”[35]

(Hadis Riwayat Bukhari)

”Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan. Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”[36]

“Katakanlah (Wahai Muhamamd): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakan-Nya?. Katakanlah: Semuanya itu adalah (nikmat-nikmat diberi) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) khas (hanya untuk mereka) hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu per satu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: Seungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perkara-perkara keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbauatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.[37]

(Surah Al-A’raf : 32-33)

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Walaupun begitu, hiburan bukanlah fokus utama ataupun suatu kemestian dalam Islam. Selain itu, sekiranya dalam upacara itu terdapat sebarang unsur tahyul, khurafat, bidaah dan yang paling bahaya syirik, maka upacara itu perlu ditolak. Perkara ini kerana, isu yang berkaitan dengan aqidah seperti upacara menepung tawar, menabur beras kunyit dan sebagainya sememangnya dipandang serius oleh Islam. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang ditelurkan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan konsep “niat menghalalkan cara”. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

“Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram”[38]

Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.

6.0 KESIMPULAN:

Jelasnya, Islam bukanlah sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.



BIBLIOGRAFI:

BUKU

Al-Imam Nawawi. 1997. Hadis Shahih Bukhari (Terjemahan). Selangor: Klang Book Centre.

Alwi bin Sheikh Al-Hadi. 1965. Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Marbawi Muhammad Adris Abdul Rauf. (t.t). Kamus Idris Al-Marbawi Jilid 1 dan 2.Jakarta: Darul Fikir.

Al-Sheikh Al-Hafiz Abu Al-Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari. 2006. Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi (Terjemahan). Bangi: Middle East Global (M) Sdn. Bhd.

Asmad. 1990. Kesenian Adat, Kepercayaan dan Petua. Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Brown.C.C. 1920. Sejarah Melayu. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Dr. Ibrahim Madkur, et.al. 1972. Kamus Al-Mujam Al-Wasit. (t.t.p): (t.n.p).

Dr.Ismail Hamid. 1985. Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Dr. Mohd Asri B. Zainul Abidin. 2004. Selangkah Ke Arah Memahami Al-Sunnah. Selangor: Karya Bestari Sdn.Bhd.

Haji Abd. Hadi Awang. 1985. Muqaddimah Aqidah Muslimin. Kuala Lumpur: Gedung Gua.

H.M.Sidin. 1964. Asal Usul Adat Resam Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ibn Taimiyyah. 541H. Majmu'ah al-Fatawa. Riyadh: Maktab al-Abikan.

Ismail Awang. 1983. Adat Orang-Orang Melayu Yang Bertentangan Dengan Akida Islam. Kota Bahru: Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

Jong De. 1965. Religions in the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. 1985. Tafsir Quran Karim (Terjemahan). Singapura: Tawakal Trading.

Raja Mohd. Nordin. (t.t). Kebudayaan Melayu. (t.t.p). (t.n.p).

Sheikh Othman bin Sheikh Salim (eds.). 1997. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ARTIKEL

Cesar Adib Majul. 1964. "Theories on the Introduction of Islam and Expansion of Islam in Malaysia". (t.t.p). (t.n.p)

SURATKHABAR

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas. Mingguan Malaysia. 22 Julai 2007.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Islam dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen. Mingguan Malaysia. 19 Ogos 2007.

TEMUBUAL

Nama: Fatimah Binti Mahat.

Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor.

Umur: 56 tahun.

Pekerjaan: Mak Andam dalam upacara perkahwinan masyarakat Melayu.

Temapat Temubual: Kampung Parit Kemang, 83200, Senggarang, Batu Pahat, Johor

Tarikh: 25 haribulan Julai 2007.

Masa: 10.30 pagi.



[1] H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, hlm. 6.

[2] Ibid., hlm. 6.

[3] Ibid., hlm. 6.

[4] Sheikh Othman bin Seikh Salim (eds.), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 975.

[5] H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, hlm. 7.

[6] Raja Mohd. Nordin, Risalah Kebudayaan Melayu, (t.t.p): (t.n.p), (t.t), hlm. 19.

[7] Dr. Ismail Hamid, Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1985, hlm. 17.

[8] Ibid., hlm.17.

[9] C.C Brown, Sejarah Melayu. (terj.), Kuala Lumpur: Oxford University Press., 1920, hlm. 43.

[10] Cesar Adib Majul, “The Theories on the Introduction of Islam and Expansion of Islam in Malaysia”, SJ 2, 4, 1964, hlm. 347.

[11] Alwi bin Sheikh Al-Hadi, Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1965, hlm. 34.

[12] H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, hlm. 54.

[13] De Jong, Religions in the Malay Archipelago, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1965, hlm. 17.

[14] Dr. Ibrahim Madkur, et.al., Kamus Al-Mujam Al-Wasit, (t.t.p): (t.n.p), 1972, hlm. 229.

[15] Al-Marbawi Adris Abdul Rauf, Kamus Idris Al-Marbawi Jilid 1 dan 2, Jakarta: Darul Fikir, (t.t), hlm. 169.

[16] Sheikh Othman bin Seikh Salim (eds.), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 1343.

[17] Haji Abd. Hadi Awang, Muqaddimah Aqidah Muslimin, Kuala Lumpur: Gedung Dua, 1985, hlm. 117.

[18] Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran Karim(terj.), Singapura: Tawakal Trading, 1957, hlm. 348.

[19] Ibid., hlm. 1.

[20] Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu yang Bertentangan dengan Akidah Islam, Kota Bahru: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., 1983, hlm. 14.

[21] Temubual dengan Fatimah binti Mahat, Mak Andam dalam upacara perkahwinan orang Melayu, Kampung Parit Kemang, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor, 25 haribulan Julai 2007, 10.30 pagi.

[22] Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu yang Bertentangan dengan Akidah Islam, Kota Bahru: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., 1983, hlm. 51.

[23] Asmad, Kesenian Adat, Kepercayaan dan Petua, Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd., 1990, hlm. 42.

[24] Al-Sheikh Al-Hafiz Abu Al-Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari, Makna Sebenar Bid’ah: Satu Penjelasan Rapi (terj.), Bangi: Middle East Global (M) Sdn. Bhd., 2006. hlm. 2.

[25] Ibid., hlm. 3.

[26] Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu yang Bertentangan dengan Akidah Islam, Kota Bahru: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., 1983, hlm. 25.

[27] Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran Karim(terj.), Singapura: Tawakal Trading, 1957, hlm. 516

[28] Ibid., hlm. 619.

[29] Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin, Selangkah Ke Arah Memahami Al-Sunnah, Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd., 2004, hlm. 39.

[30] Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Islam dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen”, Mingguan Malaysia, 19 Ogos 2007, hlm. 6.

[31] Al-Imam Nawawi, Hadis Shahih Bukhari Jilid 1 (terj.), Selangor: Klang Book Centre, 1997, hlm. 28.

[32] Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran Karim(terj.), Singapura: Tawakal Trading, 1957, hlm. 405.

[33] Ibn Taimiyyah, Majmu’ah Al-Fatawa, Riyadh: Maktab al-Abikan, 541H, hlm. 11.

[34] Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Islam dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen”, Mingguan Malaysia, 19 Ogos 2007, hlm. 6.

[35] Al Imam Nawawi, Hadis Shahih Bukhari Jilid 1V (terj.), Selangor : Klang Book Centre, 1997, hlm. 14.

[36] Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas”, Mingguan Malaysia, 22 Julai 2007, hlm. 6.

[37] Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran Karim(terj.), Singapura: Tawakal Trading, 1957, hlm. 213 dan 214.

[38] Prof. Yusof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam, hlm.36.

BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIANNYA.

BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIANNYA.

1.0 PENDAHULUAN:

Kajian kali ini akan menyentuh isu yang berkaitan dengan cara-cara atau langkah-langkah yang lazimnya diaplikasikan oleh ahli sejarah dalam menentukan dan memastikan sesuatu sumber yang digunakan. Isu kesahihan sumber merupakan suatu isu yang penting dan dipandang serius oleh ahli sejarah. Hal ini adalah bertujuan memastikan sumber yang digunapakai adalah sahih dan benar serta terhindar daripada sebarang pemalsuan. Justeru itu, perbincangan ini akan menghuraikan secara lebih lanjut tentang definisi sumber, faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti kesahihan sumber perlu dijalankan, langkah-langkah yang perlu digunakan dalam memastikan kesahihan sumber, contoh kes pemalsuan sumber dalam sejarah dunia dan akhirnya perbincangan ini akan ditutup dengan kesimpulan.

2.0 DEFINISI SUMBER:

Sumber mengikut Oxford English OIC adalah merujuk kepada sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, peristiwa atau siri hal-hal tersebut.[1] Manakala menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim pula, sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan, tetapi sumber juga berbeza dengan ilham yang bersifat abstrak mahupun spontan serta sumber juga membolehkan kita merujuk kembali apabila diperlui.[2] Berdasarkan definisi ini, ternyata sumber merupakan suatu unsur yang penting dalam bidang pengkajian sejarah. Hal ini kerana, tanpa sumber maka agak mustahil untuk melahirkan hasil penulisan sejarah sama ada yang bercorak politik, ekonomi mahupun sosial. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pernyataan Beneditto Croce yang mengatakan bahawa “sejarah yang tidak dikaitkan dengan dokumen adalah tidak dapat disahkan kebenarannya malah tidak boleh dianggap sebagai sejarah”.[3] Manakala sumber berdasarkan pendapat Profesor Sartono Kartodirdjo pula adalah membawa maksud dokumen, monumen, artifak, foto, tape dan lain-lain lagi selain data verbal yang berbentuk tulisan.[4]

Selanjutnya, sumber boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang juga dikenali sebagai sumber pertama merupakan sumber yang berada dalam keadaan asli, belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi serta keadaannya sendiri adalah sumber pertama yang mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku.[5] Sumber sekunder pula secara mudahnya dapat difahami sebagai tulisan atau buku yang dihasilkan oleh seseorang sejarahwan tentang sesuatu peristiwa atau seseorang tokoh dengan didasarkan kepada interprestasi atau tafsiran serta penyelidikan terhadap sumber primer.[6] Menurut Louis Gottschalk, sumber primer ialah keterangan dari saksi iaitu seseorang atau sesuatu yang hadir dalam kejadian yang dia ceritakan itu manakala sumber sekunder pula ialah keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian yang dia ceritakan tersebut.[7] Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh Louis Gottschalk ini dipersoalkan pula oleh Aurthur Marwick. Aurthur Marwick menyatakan bahawa sumber primer ialah bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asal, mentah dan dikatakan tidak sempurna manakala sumber sekunder pula ialah tulisan sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.[8] Berdasarkan huraian di atas, dapatlah difahami sumber memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam penyelidikan sesuatu kajian sejarah.

3.0 FAKTOR KESAHIHAN SUMBER PERLU DIJALANKAN:

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti kesahihan sumber perlu dijalankan ialah bertujuan mengelakakan pemalsuan sumber berlaku. Pemalsuan sumber disini bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam suimber yang asli bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber.[9] Sekiranya berlaku pemalsuan sumber dalam sesuatu penulisan maka natijahnya akan menimpa pelbagai pihak sama ada dalam bentuk politik mahupun kemasyarakatan. Kesahihan sumber dalam erti kata lain adalah bertujuan untuk memastikan fakta yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri sebagai sumber sejarah.

Selain itu, aktiviti kesahihan sumber adalah perlu untuk memelihara sifat sejarah sebagai sains. Konsep sejarah yang diasaskan oleh “Bapa Pensejarahan Moden” iaitu Leopold von Ranke yang berbunyi “seperti sebenarnya berlaku” (wie es eigentlich gewesen) telah membentukkan konsep pensejarahan yang dikenali sebagai sejarah yang saintifik.[10] Terdapat empat ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan akhirnya perlu bersifat objektif.[11] Oleh itu, dalam mencapai maksud untuk menjadikan sejarah sebagai suatu bidang yang bersifat saintifik, maka aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan. Sekiranya aktiviti kesahihan sumber tidak dijalankan, maka ciri ketiga dalam empat ciri yang menyebabkan sejarah bersifat sains telah gagal dicapai. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan R.G.Collingwood yang mengatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis dengan saintifik kecuali sejarahwan dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan tindakan atau pengalaman orang-orang yang hendak dikaji berdasarkan sumber-sumber yang mencukupi dan benar serta asli.[12]

Selanjutnya, kesahihan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu sejarah itu mampu menyumbangkan kegunaan kepada masyarakat. Empat kegunaan utama sejarah ialah guna rekreaktif, inspiratif, instruktif dan edukatif. Kegunaan sejarah dalam edukatif sememangnya memerlukan sesuatu penulisan sejarah yang berlandaskan sumber yang sahih agar matlamatnya untuk memberikan iktibar kepada masyarakat dapat dicapai. Manakala sejarah dalam kegunaan inspiratif adalah bertujuan untuk menjadikan sesuatu tokoh atau watak dalam sejarah sebagai inspirasi kepada generasi akan datang dan bukannya hanya sekadar daya imaginasi penulis. Sejarah untuk kegunaan instruktif dapat membantu dalam menyampaikan sesuatu pengetauhan tentang peristiwa silam seperti teknik pelayaran dan startegi peperangan. Ternyata untuk mencapai maksud sejarah yang dapat menyumbangkan kegunaan kepada masyarakat, maka aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan dalam cara yang selayaknya.

4.0 KAEDAH PENSEJARAHAN TRADISI:

Dalam bahagian ini, saya akan mengemukan konsep dan kaedah pensejarahan yang digunapakai oleh kebanyakan sejarahwan tradisi dalam menulis karya mereka. Untuk mencapai maksud itu, saya akan menampilkan konsep dan kaedah pensejarahan yang diaplikasikan oleh “Bapa Sejarah Dunia” iaitu Herodotus dan Thucydides. Sejarahwan ini telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temuduga dan rujukan terhadap bahan bertulis dalam penulisan karya mereka. Herodotus dalam penulisannya yang berjudul “Perang Parsi” telah mengunakan kaedah temuduga dalam penghasilannya. Sewaktu beliau menulis berkenaan dengan kebangkitan Empayar Parsi, beliau telah melawat negara tersebut beserta dengan negara-negara yang dikuasainya. Hal yang sama juga diaplikasikan sewaktu beliau menulis tentang perang Parsi. Beliau telah melawat Mesir, Syria, Mesopotamia, Scythia, Cyrene dan bekas medan petempuran untuk mendapat gambaran tentang perang tersebut.[13] Semasa melawat kawasan tersebut, beliau juga telah mengkaji berkenaan cara hidup dan kebudayaan masyarakat di negara tersebut.[14] Manakala Thucydides pula telah melawat negara-negara yang bersekutu dengan Athens serta negara yang menganggotai Liga Peloponnesia semasa beliau hidup dalam buangan. Beliau dilihat telah mempraktikan kaedah yang telah digunakan oleh aliran Hippocrates iaitu memerhati sendiri fenomena-fenomena yang penting untuk mengesan sifat dan kesannya. Contohnya, beliau telah menyeledik wabak penyakit Pus yang menimpa rakyat Athens pada tahun 430S.M. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan Athens yang membahaskan tentang dasar dan taktik peperangan.[15]

Selain itu, Herodotus dan Thucydides juga menggunakan kaedah temuduga. Herodotus dan Thucydides mengatakan bahawa temuduga bukan sahaja merupakan cara yang paling berkesan untuk memperoleh bukti yang asli dan benar tetapi juga dapat memeras ingatan saksi.[16] Herodotus memperoleh sumber oral dengan menghubungi saksi-saksi tanpa mengira latar belakang politik mahupun sosial. Disamping itu, beliau juga menemui ketua politik dan tentera serta paderi di pusat keagamaan yang terkenal seperti di Dephi, Olympia, Delos dan Apollo. Di Mesir dan Babylonia, Herodotus telah mendapat maklumat tentang adat resam, kepercayaan, sejarah dan perayaan penduduk tempatan.[17] Manakala Thucydides pula telah menemui para pemimpin Athens yang berpengaruh seperti Pericles, Cleon dan Alcibiades. Thucydides juga telah menemui rakan-rakan dalam angkatan tentera Athens untuk mendapatkan maklumat tentang startegi dan taktik peperangan Liga Delos.[18]

Sementelahan itu, Herodotus dan Thucydides juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisan karya mereka.[19] Semasa mengkaji semula sejarah awal negara, Herodotus dan Thucydides menggunakan babad-babad yang memberi maklumat tentang asal-usul bangsa-bangsa di Yunani, Mesir, Babylonia dan Parsi. Tulisan seperti karya-karya Hecataeus dan tulisan pakar perubatan dari aliran Hippocrates telah memberi keterangan kepada Herodotus dan Thucydides tentang alam fizikal dan penyakit yang menyerang manusia. Thucydides juga menggunakan tes Perjanjian Perdamaian Nicias pada tahun 421 S.M.[20]

5.0 KAEDAH PENSEJARAHAN MODEN:

Secara mudahnya, pensejarahan moden dilihat telah dipelopori oleh Lepold von Ranke. Beliau dilihat telah berjaya menegakkan idea Thucyidides iaitu sejarahwan perlu bersikap kritis terhadap sumber-sumber yang digunakan bagi mewujudkan kebenaran. Dalam teras kaedah sejarah Ranke, beliau membuat kenyataan tentang masa dengan menggunakan petikan dari sumber-sumber utama. Menurut Ranke,

“My understanding of ‘leading ideas’ is simply that they are the dominant tendencies in each century. These tendencies, however, can only be described; they can not, in the last resort, be summed up in a concept.”[21]

Penulisan Ranke telah menggunakan kaedah dan pendekatan yang terpisah daripada penulisan sejarah sebelumnya. Beliau sanggup menghuraikan dan mendedahkan lunas-lunas yang mendukung pendekatannya kepada sejarah melalui buku sulungnya, “Histories of the Latin and Germanic Nations from 1494-1514. Hal ini telah juga diperjelaskan oleh Tholfsen apabila membicarakan tentang pendekatan Ranke semasa menghasilkan Sejarah Eropah:

“He exploited potentialities of historian thinking primarity through the medium of narrative, which the fashioned into a formidable instrument of analysis, enabling him not only to describe sequences of events but also to show underlying forces and the contextsin which they operated….He put all his emphasis on action movement change”[22]

Ranke menekankan penulisan sejarah yang berlandaskan kepada persembahan fakta-fakta tulen demi mencapai iltizam penulisan kajian sejarah yang memaparkan kembali kejadian masa lalu sebagaimana ia benar-benar berlaku. Hal ini membawa maksud bahawa seseorang sejarahwan itu haruslah menulis secara tepat dan objektif. Menurut Ranke lagi, untuk mencapai penulisan sejarah “wie es eigentlich gewesen” (seperti sebenarnya berlaku) merupakan matlamat utama beliau dalam usaha mengenalpasti dan menghuraikan asas-asas sejarah. Bagi beliau persembahan fakta-fakta adalah satu hukum agung walaupun ianya tidak perlu ataupun tidak menarik. Sejarah menurut Ranke juga mestilah berlandaskan bukti sahih dan bukannya daya imaginasi semata-mata seperti mana yang dilakukan oleh penulis-penulis beraliran sastera.[23] Untuk mencapai maksud ini, Ranke telah mengemukakan dua pendekatan sejarah yang cukup berpengaruh iaitu kaedah “quellinkritik” atau “quellenforschung” iaitu kaedah penyelidikan saintifik dan penilaian krirtis terhadap sumber-sumber sejarah dan pendekatan yang kedua ialah historicism yang menekankan nilai sikap setiap sejarahwan dalam mengkaji sesuatu sejarah.

6.0 KRITIKAN SUMBER:

Kritikan sumber bermaksud proses penafsiran bukti iaitu satu ujian untuk mendapatkan kebenaran dan bukanlah satu pendirian yang secara mental tentang sesuatu isu. Dalam erti kata lain, kritikan sumber ialah satu proses menentukan ketulenan sesuatu sumber melalui kajian dan penyelidikan tetapi bukan berdasarkan pengetauhan yang sedia ada. Mengikut Marc Bloch, kritikan sunber adalah kaedah menguji kepintaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian terhadap faktanya dan pendapatnya disetujui oleh R.G.Collingwood dan kaedah itu disifatkan oleh beliau sebagai sejarah kritikal.[24] Kepentingan kritikan sumber adalah untuk menentukan ketulenan bukti atau sumber, mengelakkan mendapat sumber palsu dan memperoleh maklumat dan fakta yang tepat. Kritikan sumber ini dibahagikan kepada dua iaitu kritikan luaran (Authenticity) dan kritikan dalaman (Credibility).

7.0 KRITIKAN LUARAN ATAU AUTHENTICITY:

Krtitikan luaran adalah usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber asli dari sudut luarannya. Sebelum kritikan luaran dijalankan, umur dokumen atau sumber perlu dianggarkan terlebih dahulu.[25] Kemudian, dua persoalan perlu dicetuskan iaitu daripada bahan apa ia dihasilkan? dan daripada bentuk apa ia dihasilkan?. Contoh bahan tersebut ialah pelepah kurma, kulit kayu, kulit binatang dan lain-lain lagi. Kemudian, bahan yang digunakan akan dipastikan sama ada sezaman dengan sumber tersebut ataupun tidak. Contohnya, dokumen yang menggunkan kertas sebelum abad-15 adalah palsu kerana kertas hanya didapati pada abad ke-15. Manakala bahan pula adalah seperti manuskrip, surat, jurnal dan dokumen. Seterusnya, formatnya akan dipastikan sezaman dengan umur sumber tersebut.

Kaedah yang digunakan dalam kritikan luaran ialah ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan, ujian bahan-bahan yang digunakan. Ujian kimia adalah kajian yang dapat menentukan umur atau tarikh sebenar sesuatu dokumen.

Ujian kimia boleh dilakukan dari segi keadaan kertas, dakwat dan cap yang digunakan. Contohnya, manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettanham yang mengandungi catatan dari bulan April 1874 hingga Febuari 1876 telah disahkan ketulenan oleh pakar dengan mengujikajikan kertas dan dakwat yang digunakan berumur lebih kurang 100 tahun iaitu sama jangka masa antara manuskrip jurnal itu ditulis dengan tarikh kajian dilakukan.[26]

Ujian bahasa tuirut dilakukan bagi menentukan ketulenan sesuatu dokumen melalui pengesahan dari segi bahasa. Gaya bahasa yang digunakan akan berubah dari segi sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda bacaan, imbuhan dari semasa ke semasa. Seperti yang dinyatakan oleh G.J. Garraghan: “Gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad yang pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad ke-9”.[27]

Selain itu, bagi mengesahkan dokumen yang ditulis dengan tangan boleh dijalankan ujian tulisan tangan. G.J.Garrahan telah menyatakan bahawa tulisan tangan merupakan satu ciri yang tersendiri. Contohnya, dengan membandingkan tulisan tangan di Buku Harian Hitler yang dijumpai oleh Gerd Heidemann dengan dokumen lain yang ditulis oleh Hitler, dipastikan Buku Harian Hitler itu adalah palsu.[28]

Ujian terhadap bahan-bahan yang digunakan turut boleh dilakukan bagi memastikan bahan-bahan yang digunakan tidak ketinggalan zaman dengan sumber itu dihasilkan. contohnya, Buku Harian Hitler palsu itu telah dijalankan ujikaji atas bahan-bahan yang digunakan dan mendapati bennag-benang polyester dan bahan pelekatan yang digunakan tidak wujud lagi pada zaman Hitler, maka disimpulkan bahawa Buku Harian Hitler itu adalah yang dipalsukan.

8.0 KRITIKAN DALAMAN ATAU CREDIBILITY

Selepas kritikan luaran, ahli sejarahwan perlu lagi memastikan kemunasabahan keterangan atau kewarasan isi kandungan sesuatu sumber iaitu menjalankan kritikan dalaman ke atas sumber itu. Ahli sejarah perlu menafsirkan isi kandungan dalam dokumen atau sumber yang disahkan tulen. Tafsiran sumber ini adalah bersandarkan kepada lunas-lunas kerasionalan iaitu sesuatu tindakan yang dikaji itu boleh ditafsirkan secara rasional dari keterangan si pelaku ataui saksi dengan menanyakan persoalan siapa, bila dan mana. Sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam tidak harus dipercayai seperti unsur mitos, lagenda dan dongeng.[29] Seterusnya, apabila wujud dua bukti yang bercanggah, ahli sejarah perlu membuat keputusan tentang mana yang perlu diterima, yang mana perlu ditolak berdasarkan penilaian secara menyeluruh dan seimbang semua bukti yang wujud.

9.0 CONTOH KRITIKAN SUMBER YANG PERNAH DILAKUKAN:

Pada awal tahun 1983, Stern, sebuah majalah Jerman mengumumkan Buku Harian Hitler telah dijumpai oleh Gerd Heidemann. Buku Harian yang dikatakan mengandungi tulisan tangan Hitler telah menimbulkan kesangsian kepada seorang sejarahwan yang bernama Ver Since David. Beliau menimbulkan dua persoalan iaitu mengapa Stern mengatakan bahawa Hitler dapat menulis di dalam diarinya tanpa sebarang perubahan pada bentuk tulisannya pada 20 Julai 1944 sedangkan pada tarikh yang sama, Hitler terpaksa berjabat tangan dengan tangan kiri iaitu selepas berlakunya peistiwa bom?. Kedua, mengapa di dalam dokumen itu juga bersama Buku Harian Hitler wujud pertentangan yang mempunyai kepala surat dan pantun yang palsu?. Hal ini telah menyebabkan pakar-pakar dari Arkib Persekutuan Jerman Barat menjalankan ujian kimia ke atas bahan-bahan yang digunakan seperti dakwat, kertas, bahan penjilidan dan pelekat dan akhirnya didapati Buku Harian Hitler itu adalah palsu.[30]

Selain itu, di Eropah, dokumen Donation of Constantine telah dikatakan dikeluarkan atas nama Maharaja Constantine oleh seorang paderi Rom pada abad ke-8 bagi mengukuhkan suatu teori gereja iaitu paus-paus agama Katolik mempunyai hak yang meluas terhadap tanah di Eropah. Pada abad ke-14, Lorenzo Valla telah mengungkitkan kesahihan dokumen itu.[31] Beliau telah mempersoalkan beberapa perkara iaitu beliau berpendapat adalah tidak munasabah dokumen itu dijumpai di Decretum dan beliau juga tidak percaya bahawa Maharaja Constantine sanggup memberikan empayarnya kepada paus-paus sementara hal itu ditentang oleh anak, keluarga dan rakan-rakannya. Lorenzo Valla mempersoalkan adakah relevan Maharaja Constantine bertinda sedemikian rupa. Maka Lorenzo Valla terus mengkaji dan mendapati mustahil dokumen itu ditulis pada abad ke-4 iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja Constantine sedankan format dan isi kandungannya dilihat sudah ketinggalan zaman. Justeru itu, dokumen itu akhirnya dianggap sebagai dokumen palsu.

10.0 KESIMPULAN:

Jelasnya, aktiviti kesahihan sumber sememangnya perlu dilakukan dalam setiap penulisan dan pengkajian bidang sejarah. Hal ini kerana, dengan melakukan kesahihan sumber dan kritikan sumber itu, maka ahli sejarah dapat menghindarkan hasil penulisan dan penyelidikan mereka daripada sebarang unsur pemalsuan sumber. Perkara ini sememangnya perlu untuk menjadikan sejarah sebuah bidang yang bersifat ilmiah dan siantifik. Hal ini selari dengan konsep yang dipegang oleh “Bapa Pensejarahan Moden” iaitu Leopold von Ranke iaitu “wie es eigentlich gewesen” (seperti sebenarnya berlaku).



[1] R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985. hlm. 29.

[2] Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 94.

[3] Ibid., hlm. 94.

[4] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 29.

[5] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 67.

[6] Ibid., hlm. 68.

[7] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 30.

[8] Arthur Marwick, The Nature of History, London: (t.n.p), 1973, hlm. 131-132.

[9] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 96.

[10] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 286.

[11] Ibid., hlm. 287.

[12] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 98.

[13] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 38.

[14] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 12.

[15] Ibid., hlm. 12-13.

[16] Ibid., hlm. 13.

[17] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 8.

[18] Ibid., hlm. 9.

[19] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 16.

[20] Ibid., hlm. 15.

[21] http: //e.wikipedia.org./wiki/Leopold_von_Ranke.html., 21/07/2007, Ahad, 8.30pm, hlm 1.

[22] Thrygve R. Tholfsen, Historical Thinking, New York: Herper and Row, 1967, hlm. 180.

[23] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 111.

[24] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 35-36.

[25] Louis Gottschalk, Understanding History: A Primer of Historical Method, New York: Alfred A. Knopf, 1969, hlm. 122.

[26] R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican, 1985, hlm. 37.

[27] Ibid., hlm. 37.

[28] Ibid., hlm. 37.

[29] Ibid., hlm 43.

[30] Ibid., hlm. 39-40.

[31] Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 183.